Monday, March 23, 2009

SEDEKAH JARIAH

Sudah beberapa minggu ini. Alhamdulillah, hati aku tidak sakit, kerana aku sudah tidak lagi menonton Berita Perdana - RTM dan juga Buletin Utama TV3. Kerana, diwaktu itu, aku lebih senang berada di surau ataupun masjid.


Hasil 'sok-sek - sok-sek' dengan para jemaah. Aku yakin, ramai yang meluat, menyampah, bengang benci dengan berita yang dipaparkan.


Tidak ada cerita lain. BUNUH. ROGOL. SEKS. Dan cerita tentang POLITIK WANG. Kisah keadaan kucar - kacir pentadbiran kerajaan PAKATAN RAKYAT.


Hakikatnya, cuba lihat keadaan kehidupan masyarakat. Semuanya resah gelisah dengan ketidak tentuan ekonomi.


Sejujurnya. Aku TIDAK PEDULI siapa yang akan menang jawatan KETUA PEMUDA UMNO. Samada mukhriz atau khairy atau siapapun yang menang. Kehidupan RAKYAT sama macam itu juga. Harga barang tetap begitu juga. Resah gelisah rakyat tetap begitu juga.


Bila berada didalam surau atau masjid. Hati menjadi tenteram. Perasaan menjadi tenang. Fikiran menjadi lapang. Gelodak jiwa boleh sahaja dibersihkan dengan zikir mengagungkan kebesaran Allah. RAJA segala RAJA.


Kuliah, ceramah mahupun tazkirah yang disampaikan oleh para Ustaz. Selain dari mengingatkan tentang tugas dan tanggungjawab sebagai HAMBA ALLAH, dan sebgai khalifah diatas muka bumi ini. Juga memberikan ingatan supaya ingat tentang HARI PENENTUAN.


Dalam beberapa siri kuliah yang aku hadiri. Aku benar - benar terkesan dengan penyampaian dan isi yang cuba disampaikan oleh beberapa orang pendakwah. Dimana mereka memperkatakan tentang kewajipan bersedekah.


Aku sangkakan, dengan keadaan aku yang dhaif ini, aku boleh sahaja 'terlepas' dari tanggungjawab itu. Rupa - rupanya, mengikut tafsiran dan falsafah sedekah, aku adalah diantara golongan yang hampir 'mesti' bersedekah.


Mulanya memang aku bingung. Tetapi apabila selesai ceramah. Ya, aku semakin jelas. Bahawa tidak ada golongan yang terlepas dari tuntutan bersedekah.


Bukan hendak berbangga. Tetapi aku hanya mampu untuk menghulurkan sedikit wang syiling kedalam tabung masjid.


Usai menikmati juadah secara berjamaah. Tiba - tiba sahaja seorang pegawai masjid datang menghampiri aku dan berbisik.


"Ada dua bungkusan kuih yang tidak habis ... Ana letakkan dalam bakul motor enta" Sambil menepuk bahu aku dan berlalu dari situ.


SUBHANALLAH !!! Balasan dari Allah begitu cepat.

10 comments:

  1. salam...terimakasih krn singgah ke blog sy.Letakkan link dlm 'Yang Disayang' pula tu, nnt sy add link blog ini dlm 'Teman Tapi Mesra' ye :)

    Setiap bahagian yg kita ada, ada peruntungan utk orang lain...kita tak kan dapat kalau tidak memberi.

    ReplyDelete
  2. Salam... selamat berkenalan dan nekcun amat seronok kerana enta sudi singgah di blog nekcun.
    Selagi kita bernyawa, kita memang dikehendakki bersedekah, bukan semestinya dengan wang ringgit atau harta benda... senyuman ikhlas juga merupakan sedekah yang paling afdhal... Semoga kita boleh sama-sama mengiratkan lagi ukhwah sesama Islam... Jemputlah ziarah nekcun selalu... nekcun suka kalo ramai anak cucu datang ziarah, sbb orang ziarah selalu bawa rezeki...

    ReplyDelete
  3. trima kasih ziarah saya.

    benar, bersedekah adalah amalan terpuji, dan balasan Allah adalah pasti.

    ReplyDelete
  4. Terima kaseh kerana menegor chekdee..... buah hati chekdee tu...study di jog dalam bidang perubatan....dah tahun 3...ada 2 tahun lagi..... Chekdee kesana untuk beri sokongan moral... sekali sekala......

    hmmm...chekdee pun tak suka gak tengok berita kat tv...cam tak real jer...... dan chekdee sangat sedih bila pak najib jadi pm.... cam malaysia ni dalam alam kegelapan selepas ini......

    ReplyDelete
  5. seringkali kita mempertikaikan apa yang akan kita dapat tanpa menyoal diri apa yang telah diberi. seringkali sedekah dan kebajikan yang dibuat akan membuat sipenerima gembira dan tak dapat dinafikan kegembiraan itu setiap kali membuat kita terkilan lalu berkata kepada diri "alangkah baik kalau aku bisa memberi lebih dari itu"

    ReplyDelete
  6. kalau seseorang faham prinsip sedekah, pasti mereka tak akan takut habis duit sebab sedekah.. banyak cerita yang Neeza dengar, apabila selesai aje bersedekah (especially bila dia rasa dia tak punya cukup wang), rezeki datang berlipat ganda... Allah maha pemurah...

    ReplyDelete
  7. mekasih tuk n3 ingat mengingati nih...dan mekasih jugak datang ziarah blog..saya link yer..

    ReplyDelete
  8. Salam dan terima kasih sudi singgah di blog saya.

    saya memang percaya pada konsep sedekah.
    Selain mendpt pahala,ianya juga menbawa berkah dan melipatgandakan rezeki yg kita ada..percayalah.

    ReplyDelete
  9. Benar saudara, balasan baik itu amat cepat. Pernah saya beri emak sedikit duit, esoknya orang lain pula hulur duit pada saya :)

    ReplyDelete