Friday, March 27, 2009

PARTI URUSKAN JENAZAH

Aku memang jelik. Terlampau fikirkan tentang PARTI POLITIK. Sikit - sikit cerita tentang parti. Parti itu baik macam malaikat, parti lain adalah parti pengganas. Parti itulah yang paling hebat dan membangun.


Parti mesti diutamakan. Parti mesti didahulukan. Parti mesti dikuatkan. Jangan bertindak membelakangkan parti. Hidup dan mati biarlah dalam parti kita.


Aku tidak marah kalau sesiapa sahaja hendak ikut parti atau hendak jadi ahli parti atau penyokong mana - mana parti.


Aku rasa ramai juga pengunjung blog ini yang mempunyai jiran yang fanatik pada parti tertentu. Tetapi apa yang kau hendak perkatakan ialah. Kita kena ingat satu perkara yang paling utama, paling penting.


Taat pada suruhan dan titah perintah Allah. Taat pada junjungan besar Nabi Muhammad.


Aku mempunyai jiran yang aktif dan fanatik pada parti politik. Terlalu berbangga dengan penglibatan dalam kegiatan partinya membangunkan negara. Hingga tidak memperdulikan tentang urusan agama. Bila bercakap, yang lebih banyak ialah memuji pemimpin partinya.


Aku tidak mahu berdebat atau berhujjah. Yang penting aku hendak mengekalkan hubungan silaturrahim. Aku bukannya seorang manusia yang mulia. Aku adalah HAMBA ALLAH yang dhaif.


Aku jelik dengan jiran aku. Lebih mementingkan mesyuarat parti dan urusan parti dari mendekatkan diri dengan masjid dan surau. Setiap kali ada program di surau atau masjid, aku pasti akan memaklumkan kepada jiran aku. Atau kalau dia tidak ada dirumah, aku akan tinggalkan pesan kepada isteri atau anak - anaknya. Namun semua ajakan aku tidak pernah dituruti.


Rumahnya sering dikunjungi oleh pimpinan partinya. Beliau berbangga menceritakan tentang kehadiran pembesar yang datang berkunjung ke rumahnya.


Hendak dijadikan cerita. Sewaktu beliau meninggal dunia baru - baru ini. Terjadi peristiwa yang begitu menyayat hati. Dimana, hanya jiran aku yang membacakan surah Yasin disisi mayat. Pukul 10 pagi barulah Imam tiba untuk menguruskan mayat. Bila IMAM bertanyakan tentang urusan mayat. Semua anak - anaknya tidak tahu langsung tentang pelbagai urusan. Samada menyediakan kain putih, kapur barus dan pelbagai lagi kelengkapan. Dan diwaktu itulah baru anak - anaknya bergegas untuk mencarinya.


Hari menjelang tengahari. Yang aku lihat diluar rumah, hanyalah ahli kariah masjid yang sedang menunggu untuk upacara solat jenazah. Tidak kelihatan langsung kelibat tokoh - tokoh pembesar yang dibanggakan dan diagungkan oleh jiran aku itu.




Usai urusan jenazah, maka mayat disembahyangkan oleh kira - kira 20 orang ahli kariah masjid. Dan selepas itu, keranda diusung keluar dari rumah. Dan dimasukkan kedalam van. Terus ketanah perkuburan. Disitu hanyalah ahli kariah masjid, kenalan dan saudara mara arwah sahaja yang berada disisi liang lahad.


Moral dari kisah yang aku ingin sampaikan ialah. Jangan terlalu fanatik dan mengutamakan PARTI dalam segala hal.


Kita kena ingat. SIAPAKAH yang akan menguruskan mayat kita. SIAPAKAH yang akan menyembahyangkan jasad kita. SIAPAKAH yang akan mengusung keranda kita. SIAPAKAH yang akan memsasukkan tubuh kita kedalam liang lahad.


Yang terpenting ialah - Jangan DERHAKA kepada Perintah ALLAH.

Khusnya kepada kaum LELAKI. Dekatkan diri anda ke surau dan masjid.

6 comments:

  1. setuju sesangat... jgn asyik berpolitik.. ingatlahhhh... dunia sudah nak kiamat...

    ReplyDelete
  2. hmmmmm.....photo mayat tu.....membuatkan chekdee rasa takut dan insaf......

    chekdee pun tak suka politik...... cuma kekadang tapi sejak akhir-akhir ini selalu juga...terfikir...apa nak jadi dengan malaysia ku yang tercinta..... apabila negara ini diperindah oleh DIA....hmmmm..... terusik sangat hati ini.....cam iklan rokok..." TAK NAK DIA" ...

    SO...KALAU BERGITU...CAM MANA YA???????

    ReplyDelete
  3. Salam...berpolitik ni biarlah berpada2...kerana kesederhanaan adalah amalan Islam...jgn terlalu mengagungkan duniawi hingga lupa matlamat kita yang sebenar

    ReplyDelete
  4. sebenonye Malaysia ni rakyat nya masih idop aman damai, namun berita yang tersiar di akhbar dan tv membuatkan ia kelihatan amat gawat dan menakutkan. betul tu kalau lelaki dekatkan diri ke masjid dan surau aman dunia tp jgn balik semayang singgah makan nasi lemak, roti canai dan teh tarik, lelama bleh dapat darah tinggi dan kencing manis, ingat!! macamana nak bgtau pemerintah bahawa rakyat tak semudah nak ditipu dan diperolokkan?

    ReplyDelete
  5. Kenapa ramai sangat org zaman sekarang ni menzahirkan keinsafan melalui Internet? Tak boleh ke insaf senyap-senyap tanpa orang lain tahu? Tak paham laa...

    ReplyDelete