Tuesday, August 4, 2009

Menulis untuk SEJARAH


Satu hari nanti. Satu ketika kelak. InsyaAllah, aku akan menggabungkan kesemua blog yang aku kendalikan buat tatapan masyarakat.


Kesemua blog itu mempunyai identiti tersendiri. Dan aku akan terus menulis dengan izin dariNYA. Aku akan menulis sesuatu yang akan menjadi sejarah. Sesuatu akan akan menjadi bahan untuk direnung bersama.


Sehingga kini, kehidupan aku masing terumbang - ambing. Dan aku terus berserah diri kepada Allah. Aku masih terus bermunajat kehadrat Nya.


InsyaAllah, tulisan ini akan menjadi antara bahan cerita yang akan dibaca oleh bukan sahaja keluarga malahan oleh sesiapa sahaja yang mengenali diri aku.


Aku akan terus merakamkan kisah kehidupan aku disini dan dibeberapa buah blog lagi dengan identiti dan kisah yang berbeza.


Dan blog ini, antara tujuan dan matlamat ianya dibangunkan ialah untuk memberikan penghormatan kepada karya penulis yang aku kagumi iaitu Abdul Latip Talib. Beliau adalah diantara penulis yang berjasa besar dalam kehidupan aku. Beliau adalah insan yang paling banyak membantu aku meneruskan kehidupan dikala aku dalam kesusahan.


Andainya aku tidak menjadi penulis tersohor. Aku akan terus menulis didalam blog ini, untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia.

1 comment:

  1. Niat yg suci dengan usaha yg gigih percayalah Allah Maha Pemurah, kita pinta Insyaallah dia akan memberi kalaupun yg kita terima tak seperti kita idamkan, DIA lebih tahu apa yg terbaik untuk kita

    ReplyDelete