Tuesday, August 11, 2009

SEIMBANG yang tidak SEIMBANG


Sewaktu kita sedang berdansa.
Sewaktu kita sedang berzina.
Sewaktu kita sedang berpelukan dengan teman wanita kita,
Sewaktu kita sedang memakan harta anak yatim,
atau
Sewaktu kita sedang melakukan DOSA.


Tiba - tiba sahaja menjelma malaikat Izrail. Memberikan salam dan menyatakan bahawa dia bertugas untuk mencabut nyawa kita.


Saya yakin, kita akan terus teringat kepada sejadah, kita akan terus teringat kepada tasbih dan kita akan terus teringat kepada masjid.


Kononnya kita menyatakan bahawa kita hendak menseimbangkan dunia dan akhirat. Jadi, selepas kita berdansa, dalam keadaan berpelukan dengan pasangan kita dalam keadaan ghairah, diwaktu itu pula kita baru sahaja meneguk air beralkohol hingga menyebabkan kita menjadi mabuk. Selepas kita melakukan segala maksiat, kemudian kita akan bersolat dan bertaubat.


Persoalannya ialah, kita tidak tahu bila waktu, ketika dan saatnya kita akan menemui ajal.


Jika kita mati dalam keadaan sedang sujud kepada Allah, maka Alhamdulillah. Tetapi seandainya kita mati dalam keadaan kita sedang melakukan maksiat ... na'uzubillah himinzalik.


Jadi, persoalan pokok ialah. Aku secara peribadi tidak pernah mempercayai kata - kata - "Kita mestilah seimbang antara amalan dunia dan akhirat ... kerana tidak pernah wujud satu alat untuk menimbang amalan kita didunia ... yang ada hanyalah neraca Allah diakhirat kelak.

3 comments:

  1. setuju sesangat sebab sewaktu buat maksiat yg saudare senaraikan tu jelasle manusia tu tak beriman...kalu tak caye cube tanye rukun iman masa tu mesti dia tak ingat. Hidup ini pinjaman dan singkat jom kita manfaatkan sebaik mugkin untuk kesenangan hari kemudian dan mendapat keredhaan Allah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt..Salam ukhwah untuk yng empunya blog.. saya nak minta maaf kerna telah menggunakan anda punya post SEIMBANG YANG TIDAK SEIMBANG.. Saya begitu tertarik hati dan tlah saya kongsi kat Facebook.. Alhamdulillah, ada juga yang memberi pandangan yang positif dan yang ingin berubah, Insya Allah.. Moga ada yang timbul kesedaran dihati kita semua.. Maafkan saya sekali lagi..

    ReplyDelete
  3. Justeru berbuat baik, berkata baik dan berniat baik sentiasa agar tatkala malaikat maut menjelma kita tidak merasa gundah gulana..mati ada di mana-mana bila-bila masa

    ReplyDelete