Friday, May 15, 2009

Pahlawan Islam yang dilupakan.


Semenjak PTS menerbitkan novel pahlawan Islam. Aku merasa lega. Bukan apa. Selama ini, kalau aku dapat mencari buku tentang perjuangan pahlawan Islam sekalipun. Buku - buku itu ditulis dalam bahasa akademik.


Dan kalau ada novel, hanya sedikit yang memaparkan kisah pejuang Islam. Jadi, disitu ada 'pembahagi' kepada pembaca. Samada hendak membeli novel atau membeli kisah sejarah yang kebanyakannya agak membosankan.


Kelihatan PTS begitu konsisten dalam menerbitkan bahan bacaan yang bermutu tinggi. Juga sekalung penghargaan kepada Tuan Abdul Latip Talib yang tidak jemu - jemu menghasilkan karya bermutu. Khususnya menggarap kisah pejuang - pejuang Islam.


Yang paling menyenangkan hati, bilamana setiap tetamu yang berkunjung kerumahku akan menatap novel siri pejuang Islam. Kebanyakan yang membelek novel itu seperti tidak percaya, zaman sudah berubah. Kisah sejarah kini telah mendapat tempat di hati peminat, bilamana terdapat usaha untuk menjadikan bahan sejarah sebagai suatu yang seronok untuk dibaca dan dijadikan sebagai pengajaran kepada orang Islam.


Andainya dahulu. Anak - anak ku sendiri agak kurang lancar menyebut nama - nama Khalifah Islam. Tetapi kini, mereka sudah mengenali hampir kebanyakan nama pahlawan dalam Islam.


Namun agak malang. Bilamana sewaktu aku masuk ke dalam perpustakaan di sekolah anak - anakku. Tidak terdapat langsung bahan bacaan seperti ini. Yang ada hanyalah siri cerita dari barat yang lebih mengagungkan budaya barat.


Aku tidak tahu bagaimana untuk mengusulkan perkara ini kepada pihak terbabit. Supaya kisah sejarah Islam, khususnya bahan bacaan ataupun novel yang bermutu seperti ini boleh 'menerjah' masuk kedalam perpustakaan sekolah.

6 comments:

  1. setuju bahawa kita dan anak2 perlu didedahkan dgn tokoh2 pejuang islam. aduiih... insaf!

    ReplyDelete
  2. bagus tu mari kita penuhi rumah dengan koleksi buku2 pejuang islam.. zino pun dah ada banyak buku koleksi paklatip..

    ReplyDelete
  3. Salam Abg Long,
    Anak sekolah kat Teluk Pulai ke??mejoritinya melayu kan...tak de masalah kal cadangan di berikan.
    Jika sekolah campur , amat sukar..oleh kerna di bimbangi salah faham antara 'kaum'.
    Di sesebuah universiti, ada kos yg menampilkan pgetahuan agama sebagai minor.Tapi bukan di ajar sejarah berkenaan islam sahaja.agama lain seperti kristian,hindu & budha juga harus di dalami skali.

    ReplyDelete
  4. insaf kannns.. salammms

    ReplyDelete
  5. tulis dalam suratkhabar, ruangan komen.

    ReplyDelete
  6. sy suka sejarah..
    kebanyakn teknologi sekrng dicipta oleh tokoh islam.. org barat cuma memciplak & mempamerkn

    ReplyDelete