Wednesday, May 20, 2009

BUDAYA ILMU

Baru - baru ini aku sempat menziarahi rumah seorang sahabat yang uzur. Katanya, cuma demam biasa sahaja. Tetapi disebabkan sudah lama tidak bertemu, aku agak sudah hampir 3 tahun tidak bertemu. Namun, disebabkan oleh pelbagai perkara, maka kami tidak dapat bertemu.


Dan Alhamdulillah, kebetulan aku sedang melalui kawasan Puchong, yang mana rumah sahabat ku itu memang dalam yang sama, maka, aku mengambil kesempatan untuk singgah bertanya khabar.


Sewaktu aku melangkah masuk kedalam rumahnya. Pandangan mataku memang terarah ke satu sudut, iaitu sudut bacaan yang diletakkan dalam ruang tamu. Memang sudah diketahui sejak dari dahulu lagi, sahabatku ini memang dari jenis suka membaca. Walaupun beliau tidak berkelulusan tinggi, apatah lagi memasuki mana - mana pusat pengajian tinggi, namun, seandainya berbicara, beliau kelihatan begitu arif untuk berdiskusi dalam pelbagai tajuk.


Namun, sayangnya, sahabatku ini, belum dianugerahkan dengan cahaya mata. Seingat aku, beliau sudah hampir 20 tahun melangsungkan perkahwinan. Namun, beliau dan isterinya tetap redha dengan ketentuanNYA.


Jadi, kebanyakan waktu lapangnya dihabiskan dengan pelbagai aktiviti luar. Dan jika beliau berada dirumah, maka beliau suami isteri begitu rajin menelaah pelbagai buku mahupun kitab - kitab agama.


Namun, beliau tidak kesunyian, kerana rumah adik perempuannya hanya disebelah rumahnya sahaja. Dan Alhamdulillah, adik perempuannya sudah mempunyai 6 orang anak. Dan anak - anak saudaranya itulah 'buah hati pengarang jantung.' Kerap datang kerumah dan membaca pelbagai buku yang ada.


Kelihatan jelas, sikap sahabatku ini yang menjadikan budaya ilmu begitu terserlah didalam rumahnya.


Aku agak cemburu bila mendapati pelbagai buku tersusun rapi diruang tamu. Namun, sayangnya, aku pula terlupa membawa kamera bersama.


Rasa tenang bila melihat persekitaran ruang yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku. Mungkinkah budaya seperti ini dijadikan contoh untuk diikuti bersama oleh masyarakat kita ?


Pulang sahaja dari rumah sahabatku ini. Aku bertekad untuk menjadikan budaya ilmu berkembang didalam rumahku. Maka, sebagai permulaan, satu langkah kecil, maka aku letakkan beberapa buah buku didalam kawasan ruang tamu rumahku.

5 comments:

  1. Ramai berkata - malas membaca buku. Sedangkan dalam buku itu melaut-laut kandungan ilmunya.

    ReplyDelete
  2. Saya suka tgk rumah orang yang ada sudut bacaan...

    Dari membacalah kita dpt menimba banyak ilmu...walaupun tidak sampai ke menara gading....

    ReplyDelete
  3. kat rumah zino ada banyak buku.. berangan nak buat satu sudut mini library tak menjadi lagi..

    ReplyDelete
  4. baru jer bckp soal membaca. ada org takut membaca, kununnya takut ising, kan dikatakan jangan belajar dgn buku. saya jawab balik, rugilah macam tu, mmg ckp tu betul, tapi membaca juga kunci kepada ilmu pengetahuan. pandai2lah tapis, bukan anak2 lagi main tangkap muat jer..tapi apa nak buat. lain orang lain cara berfikirnya

    ReplyDelete